Thursday, July 2, 2009

Koleksi Resipi Pilihan Diana


CHAR KUE TEAW


Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari Fizan di FRD. Mengikut kata Fizan setiap minggu beliau pasti akan buat Char Kue Teow ini kerana di Kelantan (tempat beliau menetap) payah untuk mendapatkan Char Kue Teow yang power rasanya seperti di Utara. Jadi masak sendiri untuk menepati citarasa keluarganya.

Terima kasih Fizan sudi panjangkan resipi ini kepada kita semua.


CHAR KUE TEOW
(Untuk 2 hidangan)
Sumber: Fizan

Cara-caranya
1 paket char kue teaw - celurkan sekejap dalam air panas dan toskan
5 ulas bawang putih - cincang atau ketuk aje
2 biji telur
udang secukupnya
kucai, di hiris 1 inci (lagi banyak lagi sedap)
tauge
minyak untuk menumis

Bahan untuk menumis*
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
1 1/2 sudu gula
1 kecil garam
1 sudu sos ikan
2-3 sudu air

5 sudu besar cili boh/lada kisar campurkan dengan sedikit air. Jika hendak pedas boleh letak banyak.

Semua bahan * campurkan dlm satu bekas kacau siap2 sehingga sebati.

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan goreng udang dahulu – toskan.
2. Minyak yg sama tumis cili boh + air sehingga masak.
3. Masukkan campuran * masak dlm 5 minit.
4. Masukkan tauge & daun kucai masak 2 minit.
5. Masukkan cepat char kue teaw.
6. Masukkan udang.
7. Letak tepi kuali sikit char kue teaw tadi dan pecahkan telur - goreng cepat supaya telur tidak berketul.
8. Rasa garam dan gula..bila dah ok, boleh padamkan api...

Nota: Masa masukkan bahan 1-6 memang agak basah sikit, tapi bila dah masukkan telur ia akan jadi pekat.

Selamat mencuba...


Posted by Diana 

0 comments:

About This Blog

  © Blogger template 'Perfection' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP